Gema Semua Maklumat

Tabung bencana banjir: Hah tudiaa......RM5.1 juta diterima dalam 64 jam

Tabung bencana banjir: Hah tudiaa......RM5.1 juta diterima dalam 64 jam -
64 jam, tabung bencana banjir DAP P.Pinang terima RM5.1 juta
Pada 8 November 2017
oleh BuletinMutiara
GEORGE TOWN, 8 NOV: Sehingga pukul 10 pagi tadi, tabung bencana banjir yang diluncurkan DAP Pulau Pinang menerima sumbangan awam sejumlah RM5,132,320.87.

Naib Pengerusi DAP Negeri, Zairil Khir Johari memberitahu sumbangan awam itu berjaya diterima dalam tempoh 64 jam selepas parti melancarkan tabung kemanusiaan tersebut.

“Wang derma tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tujuan berkenaan bencana taufan dan banjir baru-baru ini,” jelas Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera di Kafeteria Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini, tengah hari ini.

Katanya, kutipan tabung bencana itu akan diteruskan sehingga 15 November depan.

“Derma boleh dibuat secara cek atau wang tunai di atas nama ‘DAP Penang’ yang beralamat No.3, Jalan Rangoon, George Town.

“Derma juga boleh disumbang secara ‘bank-in’ ke akaun Maybank ‘DAP Penang’, 5070-1301-4596,” jelas Zairil kepada pemberita.


Tabung bencana banjir: Hah tudiaa......RM5.1 juta diterima dalam 64 jam merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Tabung bencana banjir: Hah tudiaa......RM5.1 juta diterima dalam 64 jam
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Tabung bencana banjir: Hah tudiaa......RM5.1 juta diterima dalam 64 jam"

Back To Top