Gema Semua Maklumat

KPDNKK nafi harga LPG naik

KPDNKK nafi harga LPG naik

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Tiada sebarang kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) sebagaimana yang ditular di laman sosial kebelakangan ini.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan, hari ini.

Kementerian itu berkata, pihaknya kesal dengan tindakan individu yang menularkan semula laporan tahun lalu menerusi media sosial, kononnya harga LPG dinaikkan.

“KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan harga memandangkan ia adalah salah satu daripada lima barang kawalan KPDNKK.

“Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna,” katanya.

Justeru, mana-mana individu disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian sebelum menularkan sesuatu berita, atau mereka boleh rujuk portal SEBENARNYA.MY.

The post KPDNKK nafi harga LPG naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KPDNKK nafi harga LPG naik
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KPDNKK nafi harga LPG naik"

Back To Top