Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Malaysia disarankan mengikut langkah Turki, mengharamkan tayangan filem atau apa-apa pertunjukan yang berkaitan golongan bermasalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, semua maklum LGBT adalah amalan penyimpangan orientasi seksual yang bertentangan dengan adat, agama dan fitrah manusia.
“Kita kena jelaskan Islam yang sebenar kepada masyarakat dan bahaya budaya songsang ini, saya yakin bukan agama Islam sahaja yang tidak mengiktiraf perbuatan ini malah agama lain juga sama.
“Jadi, kita menyeru untuk pemimpin negara ini lebik cakna mengenai bahaya LGBT dalam masyarakat. Jika negara Islam lain boleh bertegas, kenapa tidak Malaysia?
“Jadi, tindakan terbaik adalah mengikut langkah Turki mengharamkan aktiviti LGBT termasuk filem dan drama yang mempromosi kecelaruan identiti,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Turki melarang acara LGBT di negara itu sejak 18 November, dengan pengharaman perayaan filem gay Jerman pada Rabu lalu.
Pejabat Gabenor Turki memaklumkan, sebarang acara yang berkait dengan LGBT termasuk pawagam, teater, panel, wawancara, pameran diharamkan sehingga notis selanjutnya.
Dr Saleha berkata, semua pihak perlu melipat gandakan usaha memerangi amalan golongan LGBT ini.
Katanya, penularan aktiviti LGBT, bukan sahaja jelas bertentangan dengan akidah sebagai umat Islam, malah jika tidak ditangani segera mampu memberi kesan buruk terhadap masa depan negara dan kecelaruan jantina serta budaya.
The post Malaysia perlu ikut Turki haramkan semua acara LGBT appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia perlu ikut Turki haramkan semua acara LGBT
0 Komentar untuk "Malaysia perlu ikut Turki haramkan semua acara LGBT"