Gema Semua Maklumat

Angin kencang berterusan hingga esok

Angin kencang berterusan hingga esok

BANGI, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di beberapa negeri.

Mengikut kenyataan dikeluarkan padi tadi, ia dijangka berlaku sehingga esok, di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah di Pantai Barat, Pedalaman, Kudat serta Sandakan. 

Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berterusan hari ini di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Hulu Perak.

The post Angin kencang berterusan hingga esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Angin kencang berterusan hingga esok
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Angin kencang berterusan hingga esok"

Back To Top