Gema Semua Maklumat

Pelarian Rohingya tinggal di kem sementara di Myanmar

Pelarian Rohingya tinggal di kem sementara di Myanmar

DHAKA, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Pelarian Rohingya yang kembali ke Myanmar akan tinggal di kem sementara, selepas persetujuan antara Bangladesh-Myanmar berhubung penjanjian penghantaran balik etnik itu.

Bangladesh dan Myanmar menandatangani perjanjian penghantaran pulang pelarian Rohinga secara berperingkat.

Mengikut perjanjian itu, Myanmar kononnya akan memastikan keadaan di negeri Utara Rakhine kembali seperti biasa.

Menteri Luar Bangladesh, A.H Mahmood Ali berkata, pada dasarnya pelarian berkenaan akan ditempatkan di kem sementara kerana kesuntukan masa.

“Disebabkan rumah Rohingya telah dibakar oleh tentera, mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

“Bagaimanapun, Myanmar akan bertanggungjawab dengan sebarang kemungkinan berlaku, dan pelarian dibenarkan untuk bergerak bebas di wilayah berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, sekurang-kurangnya 620,000 pelarian Rohingya memasuki Bangladesh sejak Ogos lalu.

Mereka tinggal di kem pelarian terbesar di dunia, selepas kekejaman tentera Myanmar di wilayah Arakan yang disifatkan sebagai tindakan penghapusan etnik. -Agensi

The post Pelarian Rohingya tinggal di kem sementara di Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pelarian Rohingya tinggal di kem sementara di Myanmar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pelarian Rohingya tinggal di kem sementara di Myanmar"

Back To Top