Gema Semua Maklumat

Rakyat Kelantan perlu bersedia hadapi kemungkinan banjir

Rakyat Kelantan perlu bersedia hadapi kemungkinan banjir

KOTA BHARU, 19 Safar 1439H, Rabu – Selepas banjir melanda utara tanah air khususnya Pulau Pinang secara mengejut, penduduk Kelantan pula diminta membuat persiapan awal menghadapi kemungkinan bencana itu pada musim tengkujuh tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata penduduk dan kerajaan negeri perlu membuat persiapan awal menghadapi bencana itu termasuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan asas di pangkalan hadapan bagi keperluan kawasan berisiko dilanda banjir.

“Apa yang mustahak kita semua perlu bersedia dan berdoa kepada Tuhan serta membuat solat hajat agar dijauhkan daripada musibah banjir ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini.

Ahmad berkata selain itu, agensi kerajaan negeri dan persekutuan juga bekerjasama untuk membuat persediaan lebih teliti termasuk menyediakan segala kelengkapan bagi keperluan orang awam dan pihak berkuasa apabila banjir melanda negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan juga bersimpati dengan rakyat Pulau Pinang yang dilanda musibah banjir dan telah menghantar sukarelawan untuk membantu kesemua mangsa banjir di negeri itu.

Kelantan pernah dilanda ”Bah Kuning”, menyebabkan kerosakan dan kemusnahan berskala besar pada Disember 2014, apabila sebahagian besar negeri itu dari jajahan Gua Musang hingga ke Kota Bharu ditenggelami air selain ratusan rumah dihanyutkan arus deras manakala ribuan penduduk terpaksa menyelamatkan diri ke kawasan tinggi termasuk bukit. – Bernama

The post Rakyat Kelantan perlu bersedia hadapi kemungkinan banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rakyat Kelantan perlu bersedia hadapi kemungkinan banjir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rakyat Kelantan perlu bersedia hadapi kemungkinan banjir"

Back To Top