Gema Semua Maklumat

SPRM panggil Shafie Apdal sekali lagi

SPRM panggil Shafie Apdal sekali lagi

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi memanggil Datuk Seri Shafie Apdal bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan di Sabah.

Memetik laporan Berita Harian (BH), Shafie Apdal, 60, hadir di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Difahamkan, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dipanggil dipercayai berkaitan siasatan kontrak penyelenggaraan sebuah universiti di negeri itu.

Ia dilaporkan berkaitan tandatangan Mohd Shafie bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk mendapatkan kontrak yang dikatakan bernilai RM43 juta ketika beliau menjadi menteri.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu hanya dipanggil memberikan keterangan, dan tidak ditahan.

The post SPRM panggil Shafie Apdal sekali lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM panggil Shafie Apdal sekali lagi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM panggil Shafie Apdal sekali lagi"

Back To Top