PUTRAJAYA, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sebanyak 82,840 kes demam denggi direkodkan sehingga 23 Disember tahun ini iaitu penurunan sebanyak 17.2 peratus berbanding 100,028 kes bagi tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Beliau berkata, terdapat satu kes kematian direkodkan pada minggu ke-51 menjadikan jumlah kematian akibat denggi sebanyak 171 kes berbanding 231 kematian untuk tempoh sama tahun lepas.
Sehingga 23 Disember lalu, 303 lokaliti wabak demam denggi masih aktif dilaporkan termasuk 20 lokaliti ‘hotspot’ semasa melibatkan negeri Selangor (10), Johor (4), Kuala Lumpur dan Putrajaya (3), Perak (2) dan Pulau Pinang (1), katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau turut mengulangi seruan agar orang ramai mengamalkan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes di kediaman masing-masing. – Bernama
The post 82,840 kes demam denggi dicatat sehingga 23 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 82,840 kes demam denggi dicatat sehingga 23 Disember
0 Komentar untuk "82,840 kes demam denggi dicatat sehingga 23 Disember"