1- Aman Palestin mengutuk dan menolak pengumuman Presiden Amerika Donald Trump, yang menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Israel.
2- Donald Trump telah memilih cara yang salah untuk menamatkan Krisis Israel – Palestin.
3- Kenyataan Trump menunjukkan keangkuhan dan kesombongan yang keterlaluan, lantaran sewenang-wenangnya menggunakan pengaruh Amerika sebagai kuasa besar dunia. Trump secara jahat dan melampau telah menafikan segala hak dan kebenaran untuk memenangkan kebatilan dan penjajahan.
4- Perisytiharan ini adalah tindakan permusuhan yang nyata terhadap umat Islam. Langkah pencabulan terhadap segala norma dan undang-undang yang membayangkan bahawa Amerika bukan sebuah negara yang membela keadilan dan melindungi hak asasi manusia.
5- Baitul Maqdis adalah Bandar Suci dan Tanah Waqaf bagi umat Islam. Selamanya akan menjadi kiblat pertama umat Islam dan masjid ketiga suci bagi umat Islam sepertimana yang disebut di dalam Al-Qur’an serta ia akan kekal menjadi milik Palestin, Arab dan Umat Islam.
6- Aman Palestin menyeru Kerajaan dan rakyat Malaysia mengambil pendirian yang lebih tegas dalam memperjuangkan hak keadilan bagi rakyat Palestin dan tanah suci umat Islam tanpa kompromi dalam isu Baitul Maqdis.
7- Aman Palestin juga menyeru Organisasi—organisasi Islam dan Arab serta badan-badan antarabangsa mengambil pendirian yang bebas dan merdeka dari pengaruh Zionis demi menegakkan hak dan keadilan serta menjunjung ketetapan-ketetapan antarabangsa PBB yang telah diluluskan.
ABDULLAH ZAIK ABD RAHMAN
PENGERUSI EKSEKUTIF,
AMAN PALESTIN MALAYSIA.
7 DISEMBER 2017
The post BANTAHAN AMAN PALESTIN TERHADAP KENYATAAN PRESIDEN AMERIKA, DONALD TRUMP BERKENAAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA HARAM ISRAEL appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di BANTAHAN AMAN PALESTIN TERHADAP KENYATAAN PRESIDEN AMERIKA, DONALD TRUMP BERKENAAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA HARAM ISRAEL
0 Komentar untuk "BANTAHAN AMAN PALESTIN TERHADAP KENYATAAN PRESIDEN AMERIKA, DONALD TRUMP BERKENAAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA HARAM ISRAEL"