Gema Semua Maklumat

Tiada makna Palestin tanpa Baitulmaqdis: Yusuf al-Qardawi

Tiada makna Palestin tanpa Baitulmaqdis: Yusuf al-Qardawi

BANGI, 18 Rabiulawal 1439H, Khamis – Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr Yusuf al-Qardawi menyeru umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beliau yang juga tokoh ulama Islam Mesir berkata, kita perlu menyatakan solidariti dan menentang pengiktirafan yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Kita perlu perlu bangkit. Kita perlu berani untuk katakan tidak terhadap isu ini.

“Apa guna Palestin tanpa adanya bumi Baitulmaqdis? Di manakah umat Islam saat kita dihina seperti ini?

“Di manakah dunia Islam saat tanah kita dirampas? Di manakah umat Islam yang bertebaran dari timur ke barat?,” katanya menerusi akaun Twitter beliau. 


Trump semalam mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang baharu.

Dalam masa sama, Trump juga mengumumkan AS sedang membuat persiapan bagi memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Meskipun mendapat kecaman daripada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia, namun Amerika tetap dengan pendiriaan yang tidak berubah.

Ketika mana Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu kota Israel, AS kini menjadi negara pertama berbuat demikian pasca perang pada 1948.

The post Tiada makna Palestin tanpa Baitulmaqdis: Yusuf al-Qardawi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tiada makna Palestin tanpa Baitulmaqdis: Yusuf al-Qardawi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tiada makna Palestin tanpa Baitulmaqdis: Yusuf al-Qardawi"

Back To Top