Gema Semua Maklumat

Bantahan di Palestin diteruskan

Bantahan di Palestin diteruskan

BAITULMAQDIS, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Bantahan terhadap pengumuman Presiden Donald Trump dan Amerika Syarikat (AS) memasuki hari keempat berlangsung di seluruh Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis dan Jalur Gaza, sehingga menyebabkan dua terbunuh dan ratusan lain cedera.

Di Timur Baitulmaqdis, rejim Israel melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata terhadap sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin di Salah Eddin, iaitu salah satu jalan yang sibuk di bandar itu.

Kira-kira 13 rakyat Palestin ditahan dan 12 cedera ketika rejim Israel menyerang peserta penunjuk perasaan, termasuk anggota Majlis Perundangan Palestin, Jihad Abu Zneid.

Sebelum ditahan, Abu Zneid dilaporkan berkata, rakyat Palestin tidak akan berundur dan berputus asa membantah keputusan Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Ini adalah negara kita, dan ia perlu diselamatkan. Kami akan berjuang mempertahankan ibu kota dan kedaulatan Baitulmaqdis,” katanya.

Sementara di Gaza, pengebumian diadakan untuk dua pejuang Hamas dan penunjuk perasaa yang terbunuh, masing-masing dalam serangan udara rejim Israel kelmarin.

Sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin, termasuk enam kanak-kanak cedera dalam pengeboman malam hari itu, menurut kementerian kesihatan Palestin.- Agensi

The post Bantahan di Palestin diteruskan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Bantahan di Palestin diteruskan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bantahan di Palestin diteruskan"

Back To Top