Gema Semua Maklumat

Protes Trump: Ratusan umat Islam Solat Jumaat hadapan White House

Protes Trump: Ratusan umat Islam Solat Jumaat hadapan White House

WASHINGTON, 20 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Bagi membantah keputusan Presiden Amerika, Donald Trump, ratusan umat Islam telah berhimpun menunaikan Solat Jumaat di hadapan White House.

Mereka membentangkan sejadah di kawasan taman hadapan pejabat pentadbiran negara itu, hasil inisiatif pelbagai pertubuhan umat Islam Amerika.

Mereka memakai mafla berwarna bendera Palestin, di samping membawa kain rentang dan poster yang membantah penjajahan Israel di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

“Trump tak ada hak ke atas Baitulmaqdis dan Palestin. Dia hanya memiliki Trump Tower. Dia boleh hadiahkan menara itu kepada Israel,” kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Hubungan Amerika-Islam (CAIR), Nihad Awad kepada pemberita.

Trump kini sedang menyemarakkan keganasan agama Kristian di AS, katanya lagi.

Ketika berucap kepada khalayak, Awad menyeru Trump supaya mengutamakan kepentingan rakyatnya, bukan kuasa asing dan lobi-lobi ke atas AS.

Seorang peserta himpunan, Zaid al-Harasheh berpandangan keputusan Trump bukan untuk mencipta keamanan, tetapi akan menambah suasana huru-hara. – Agensi

The post Protes Trump: Ratusan umat Islam Solat Jumaat hadapan White House appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Protes Trump: Ratusan umat Islam Solat Jumaat hadapan White House
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Protes Trump: Ratusan umat Islam Solat Jumaat hadapan White House"

Back To Top