BANGI, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak pernah terhenti, apabila dilaporkan lebih 2,000 serangan rejim Zionis hanya pada bulan November.
Memetik kenyataan Aman Palestin, penduduk di Tebing Barat dan Baitulmaqdis telah menyaksikan sebanyak 2, 321 serangan yang dilakukan penduduk Israel.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah Baitulmaqdis dengan 372 kes, Hebron sebanyak 335 kes dan 291 kes Bethlehem.
Selain itu, Israel turut menahan 475 warga Palestin, termasuk 114 orang di Baitulmaqdis.
Bukan itu sahaja, Israel juga dilaporkan menyerang dan merampas tanah rakyat Palestin.
“Penindasan yang dilakukan Israel termasuk 830 serbuan dan serangan di beberapa kawasan. Begitu juga dengan 22 serangan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh 1982 pihak berkuasa, di samping pengasingan dua orang warga Baitulmaqdis dari Masjid Al-Aqsa.
“Antara kes yang berlaku adalah pembunuhan pemuda Palestin, Mohammed Awda, 48, daripada bandar Kusrah di Nablus, Tebing Barat, selepas koloni Zionis Israel melakukan serangan ke atas beliau dan tanahnya.
“Kes tersebut adalah salah satu daripada serangan yang dilakukan Zionis Israel ke atas rakyat Palestin, di samping 28 lagi kecederaan yang dialami rakyat Palestin dalam masa yang sama,” katanya. -Agensi
The post Israel serang Palestin lebih 2,000 kali sepanjang November appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Israel serang Palestin lebih 2,000 kali sepanjang November
0 Komentar untuk "Israel serang Palestin lebih 2,000 kali sepanjang November"