WASHINGTON, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Rakyat dari enam negara Islam kini berhadapan dengan peraturan ketat untuk memasuki Amerika Syarikat, selepas Mahkamah Agung negara itu membenarkan penguatkuasaan larangan perjalanan oleh Presiden Donald Trump.
Larangan itu dikenakan kepada rakyat dari Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman.
Keputusan sekatan itu berkuatkusa sepenuhnya, meskipun mendapat bantahan daripada Mahkamah Rendah.
Ini bermakna, mereka yang tidak mempunyai hubungan keluarga atau urusan perniagaan di Amerika Syarikat, boleh dinafikan visa dan dilarang masuk ke negara berkenaan.
Terdahulu, Trump mendakwa, tindakan larangan perjalanan itu adalah untuk melindungi Amerika Syarikat daripada pengganas.
Trump juga mengenakan larangan sama kepada rakyat Korea Utara dan beberapa pegawai kerajaan dari Venuzuela. -Agensi
The post AS kuatkuasa sekatan perjalanan enam negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di AS kuatkuasa sekatan perjalanan enam negara
0 Komentar untuk "AS kuatkuasa sekatan perjalanan enam negara"