Gema Semua Maklumat

Lebih 200 kotak susu tepung palsu dirampas

Lebih 200 kotak susu tepung palsu dirampas

BANGI, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas lebih 200 kotak susu tepung bayi palsu dianggarkan bernilai RM42,000.

Pengarah negeri, Khairul Anwar Bachok berkata, 210 kotak susu itu dirampas dari kedai-kedai perubatan Cina dan serbaneka di lima lokasi berbeza di Johor Bahru.

Kedai-kedai terbabit adalah di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid, Taman Daya dan Taman Nusa Bestari.

“Operasi dijalankan bersama dengan pengeluar susu tepung bayi susulan laporan yang diterima syarikat itu,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.

Menurut Khairul, pihak syarikat menerima laporan daripada ibu bapa mendakwa anak mereka muntah selepas minum susu yang dibeli daripada salah sebuah premis pada Ogos tahun ini.

Sementara pemilik kedai berusia 50-an mendakwa, dia tidak mengetahui susu tepung 1.8 kilogram yang dijual dengan harga RM200 di semua lima cawangannya itu adalah palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perdagangan 2011.

The post Lebih 200 kotak susu tepung palsu dirampas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Lebih 200 kotak susu tepung palsu dirampas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lebih 200 kotak susu tepung palsu dirampas"

Back To Top