Gema Semua Maklumat

Selat Melaka bebas ancaman lanun sejak empat tahun lepas

Selat Melaka bebas ancaman lanun sejak empat tahun lepas

PUTRAJAYA, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengkuatkasaan bersepadu telah dilaksanakan oleh Jabatan Laut, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang menjaga keselamatan kapal-kapal daripada ancaman lanun.

“Pihak keselamatan negara juga berkerjasama sama dengan pihak berkuasa negara jiran Singapura dan Indonesia dalam menjaga keselamatan perairan di selat tersebut,” katanya kepada media selepas acara Larian Maritim 2017 di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya kejayaan Malaysia yang berjaya menduduki kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Kategori C untuk tempoh 2018-2019 bagi penggal ketujuh berturut-turut, menunjukkan pengiktirafan dunia kepada Malaysia dalam sumbangan dan kepentingan dalam sektor maritim antarabangsa.

“Kejayaan ini akan lebih memberi semagat kepada kerajaan dan pihak berkaitan untuk terus memberi sumbangan kepada sektor maritim terutamanya dari segi perkongsian kemahiran teknikal dan latihan di antara negara anggota,” katanya.- Bernama

The post Selat Melaka bebas ancaman lanun sejak empat tahun lepas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Selat Melaka bebas ancaman lanun sejak empat tahun lepas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Selat Melaka bebas ancaman lanun sejak empat tahun lepas"

Back To Top