Gema Semua Maklumat

Palestin gesa Liga Arab, OIC bincang isu Baitulmaqdis

Palestin gesa Liga Arab, OIC bincang isu Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Palestin menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu berkaitan situasi di Baitulmaqdis.

Ia susulan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan juga rancangan untuk memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki berkata, langkah AS itu hanya akan memberi kesan serius dan memusnahkan proses damai.

Malahan katanya, ia akan mewujudkan keadaan tidak stabil di wilayah Palestin dan rantau berkenaan.

Sehubungan itu beliau mendesak mesyuarat tergempar diadakan menerusi perbualan telefon dengan ketua Liga Arab, Ahmed Abul-Gheit dan Setiausaha Agung OIC, Yousef al-Othaimeen.
Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Hogan Gidley memaklumkan, keputusan untuk memindahkan Kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak akan dibuat hari ini.

“Tiada keputusan akan dibuat mengenai perkara itu hari ini dan kami akan mengisytiharkan keputusannya beberapa hari lagi,” kata Gidley. -Agensi

The post Palestin gesa Liga Arab, OIC bincang isu Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Palestin gesa Liga Arab, OIC bincang isu Baitulmaqdis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Palestin gesa Liga Arab, OIC bincang isu Baitulmaqdis"

Back To Top