Gema Semua Maklumat

Kelantan bakal alami gelombang kedua banjir

Kelantan bakal alami gelombang kedua banjir

KOTA BHARU, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kelantan diramal akan mengalami banjir gelombang kedua bermula 8 Disember ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran negeri.

“Buat masa sekarang, paras air sungai Kelantan belum naik. Apa yang kita jangka gelombang kedua ini berlaku hujan di kawasan pedalaman serta fenomena air pasang besar.

“Jika kedua-dua ini berlaku pada waktu yang sama, ia akan bertembung dan berlakunya banjir gelombang kedua.

“Ia seperti 2014 apabila banjir gelombang pertama berlaku pada 17 Disember dan gelombang kedua pada 23 Disember sehingga hujung tahun,” katanya seperti dilapor BNBBC.my

Justeru, beliau meminta semua berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

 

The post Kelantan bakal alami gelombang kedua banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kelantan bakal alami gelombang kedua banjir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kelantan bakal alami gelombang kedua banjir"

Back To Top