Gema Semua Maklumat

Sri Lanka serah pelabuhan bayar hutang China

Sri Lanka serah pelabuhan bayar hutang China

COLOMBO, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Sri Lanka menyerahkan kawalan sebuah pelabuhan laut dalam kepada sebuah syarikat China bagi tujuan melangsaikan hutang.

Sri Lanka berhutang dengan China sebanyak AS$8 bilion, yang mana jumlah itu dipinjam bekas Presiden Mahinda Rajapaksa untuk projek pembinaan infrastruktur negara itu, termasuklah pelabuhan berkenaan.

Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe berkata, pelabuhan yang sedang mengalami kerugian itu akan diuruskan secara bersama oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan Sri Lanka dan China Merchants Port Holdings.

“Dengan menandatangani perjanjian ini, perbendaharaan menerima AS$300 juta. Ini adalah permulaan penyelesaian hutang kita,” katanya.

Jumaat lalu, Parlimen Sri Lanka meluluskan konsensi cukai termasuk perjanjian pelabuhan itu, yang membenarkan pengecualian cukai selama 32 tahun untuk syarikat China.

Kerajaan Sri Lanka memutuskan tindakan itu atas alasan mahu mengurangkan hutang luarnya, menggunakan keuntungan perjanjian Pelabuhan Hambantota, serta menjual beberapa lagi perusahaan untuk meningkatkan pendapatannya.

Perjanjian bernilai AS$1.12 bilion itu pertama kali diumumkan pada Julai lalu, membolehkan syarikat China mengambil alih Pelabuhan Hambantota yang terletak di laluan perkapalan Timur-Barat tersibuk dunia dengan tempoh pajakan 99 tahun. –Agensi

The post Sri Lanka serah pelabuhan bayar hutang China appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Sri Lanka serah pelabuhan bayar hutang China
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sri Lanka serah pelabuhan bayar hutang China"

Back To Top