Gema Semua Maklumat

Trump ulangi hasrat pindah kedutaan AS, iktiraf Jerusalem ibu negara Israel

Trump ulangi hasrat pindah kedutaan AS, iktiraf Jerusalem ibu negara Israel

JERUSALEM, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengulangi pendiriannya untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem, sekali gus mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang baharu.

Trump mengulangi hasrat itu apabila menghubungi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, hari ini, lapor agensi berita Pihak Berkuasa Palestin (PA), Wafa, yang memetik kenyataan pegawai Palestin.

“Presiden Abbas memberi amaran mengenai bahaya berbuat demikian, termasuk penamatan proses damai dan boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan di wilayah itu dan di seluruh dunia,” kata jurucakap presiden, Nabil Abu Rudeina.

Namun, tiada maklumat lanjut bila Trump akan memindahkan kedutaan Amerika ke Baitulmaqdis.

Status Jerusalem atau Baitulmaqdis adalah aspek paling sensitif dalam konflik Palestin-Israel. Israel mendakwa kota itu adalah ibu negaranya, berikutan pendudukan Jerusalem Timur pada perang 1967 dan menyifatkan Baitulmaqdis sebagai bandarnya.

Manakala, Palestin pula sudah lama melihat Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya.

Baitulmaqdis turut menempatkan masjid suci ketiga umat Islam, Masjid Al-Aqsa.

Setakat ini, belum ada negara yang menempatkan kedutaan mereka di Jerusalem atau Baitulmaqdis. Komuniti antarabangsa, termasuk AS, juga tidak mengiktiraf bidang kuasa Israel dan kependudukan ke atas bandar itu.

Sebelum ini, pegawai-pegawai kanan Palestin memberi amaran mengenai kesan kerosakan jika setiap tindakan yang menafikan tuntutan mereka untuk menduduki Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin pada masa depan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, minggu ini berkata, beliau telah bercakap dengan pemimpin-pemimpin Arab yang memaklumkan bahawa Jerusalem adalah ‘garis merah’ bukan sahaja kepada rakyat Palestin, tetapi Arab, umat Islam dan penganut Kristian di seluruh dunia.

Beberapa pemimpin dunia mengkritik rancangan AS memindahkan kedutaannya ke Jerusalem, kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan ketegangan di rantau Teluk.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, beberapa hari lalu mengancam akan memutuskan hubungan diplomatik berikutan laporan mengatakan AS akan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Liga Arab juga turut membincangkan isu itu selepas diminta oleh pegawai Palestin. – Agensi

Aman Palestin bawa penampilan istimewa, Dr Ekrimah Sa’id Sabri jelajah Malaysia

The post Trump ulangi hasrat pindah kedutaan AS, iktiraf Jerusalem ibu negara Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Trump ulangi hasrat pindah kedutaan AS, iktiraf Jerusalem ibu negara Israel
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Trump ulangi hasrat pindah kedutaan AS, iktiraf Jerusalem ibu negara Israel"

Back To Top