MANILA, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Lebih 12,000 penduduk diarah berpindah mencari perlindungan susulan amaran Gunung berapi Mayon dijangka meletus beberapa hari lagi.
Gunung berapi itu berbentuk kon terletak sejauh 330 kilometer di barat daya Manila.
Ketua Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS), Renato Solidum berkata, letusan wap dan batuan jatuh telah hujung minggu lalu, manakala kawah kelihatan menyala sejak petang semalam.
Katanya, itu adalah tanda peningkatan aktiviti kubah lahar baharu.
“Kami berpendapat lahar yang terbentuk lebih banyak cecair berbanding 2014. Ia bermaksud aliran boleh sampai jauh ke bawah cerun pada kadar cepat,” katanya.
Kali terakhir lahar mengalir dari Mayon adalah pada 2014, sehingga menyebabkan 63,000 penduduk terpaksa berpindah.
Mayon setinggi 2,460 meter itu juga mempunyai sejarah panjang letusan memba wa maut. – Agensi
The post 12,000 penduduk diarah pindah, Gunung berapi Mayon dijangka meletus appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 12,000 penduduk diarah pindah, Gunung berapi Mayon dijangka meletus
0 Komentar untuk "12,000 penduduk diarah pindah, Gunung berapi Mayon dijangka meletus"