Gema Semua Maklumat

17 pelarian Syria mati beku di Lubnan

17 pelarian Syria mati beku di Lubnan

BEIRUT, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Angka pelarian Syria yang ditemui mati dalam keadaan beku di kawasan pergunungan salji meningkat kepada 17 orang, kata sumber Pertahanan Awam Lubnan.

Tentera Lubnan berkata, pihaknya menemui mayat wanita berusia 30 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, di sempadan kedua-dua negara, semalam.

Pada hari Sabtu, enam pelarian lain termasuk tiga kanak-kanak ditemui mati ketika mereka cuba menyeberang ke Lubnan.

Kelmarin, suhu di kawasan itu jatuh selepas ribut musim sejuk melanda kawasan sempadan Lubnan-Syria, menyebabkan keadaan hidup lebih 357,000 pelarian Syria di Lembah Bekaa, kira-kira 60 kilometer di utara Masnaa, semakin sulit.

Pelarian Syria dilaporkan terpaksa tinggal di khemah-khemah yang diperbuat daripada kepingan plastik, untuk melindungi mereka dari sejuk dan hujan.

Salah seorang pelarian, Hammadi Chelbi tinggal di Bekaa Valley selepas dia melarikan diri dari konflik Syria sejak tahun pertama, memberitahu, beliau dan keluarganya hidup dalam kesengsaraan.

“Kami tidak memiliki apa-apa kecuali kesakitan, penyakit dan penderitaan, kami kehilangan segala-galanya,” katanya.

Terdapat sejuta pelarian Syria yang berdaftar di Lubnan, walaupun pegawai kerajaan menganggarkan angka sebenarnya mencecah 1.5 juta orang. – Agensi

The post 17 pelarian Syria mati beku di Lubnan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 17 pelarian Syria mati beku di Lubnan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "17 pelarian Syria mati beku di Lubnan"

Back To Top