Gema Semua Maklumat

Wilayah Turki pula kena serang, 47 cedera, seorang maut

Wilayah Turki pula kena serang, 47 cedera, seorang maut

HATAY, (TURKI), 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Seorang warga Syria terbunuh, manakala 46 orang awam, cedera selepas pengganas PYD/PKK menyeberangi sempadan memasuki selatan Turki dan menyerang penduduk, semalam.

Gabenor Hatay, Erdal Ata berkata, antara jam 3 dan 4 petang semalam waktu tempatan, enam letupan dilaporkan berlaku dan pada jam 6.40 petang pula lima lagi letupan berlaku di daerah Reyhanli.

Sembilan daripada letupan itu berlaku di kawasan penduduk menyebabkan 47 cedera. 30 daripadanya warga Turki, dan 17 rakyat Syria. Tetapi, seorang warga Syria bagaimanapun meninggal dunia akibat kecederaan, katanya.

Katanya, empat yang cedera parah dihantar ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal, manakala 42 lagi diberi rawatan pesakit luar.

Ata berkata, 15 kenderaan, empat rumah dan 10 pejabat rosak dalam serangan itu.

Terdahulu, daerah Reyhanli menjadi sasaran empat roket dipercayai dilancarkan kumpulan pengganas PYD/PKK yang datang dari Afrin.

Sementara itu, Kilis, wilayah di tenggara Turki turut menjadi sasaran roket kumpulan pengganas, petang semalam.

Menurut laporan, roket itu dilancarkan pengganas PYD/PKK di Afrin, mengenai empat rumah, menyebabkan tujuh penduduk, termasuk dua warga Syria cedera.

Sabtu lalu, Turki memulakan ‘Operation Olive Branch Afrin’, bagi menghapuskan pengganas PYD/PKK dan Daesh di wilayah bersempadan dengannya di Afrin. – Agensi

The post Wilayah Turki pula kena serang, 47 cedera, seorang maut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Wilayah Turki pula kena serang, 47 cedera, seorang maut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Wilayah Turki pula kena serang, 47 cedera, seorang maut"

Back To Top