Gema Semua Maklumat

RUMAWIP boleh disewakan kepada pihak ketiga tetapi bersyarat

RUMAWIP boleh disewakan kepada pihak ketiga tetapi bersyarat

KUALA LUMPUR, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pemilik unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) boleh menyewakan kediaman mereka kepada pihak ketiga dengan syarat tertentu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka boleh menyewakan kediaman dengan syarat tidak kepada warga asing.

Kelonggaran itu, katanya, diberikan dalam kes tertentu seperti pemilik berpindah kerja luar dari Kuala Lumpur dan terpaksa meninggalkan kediaman mereka kosong.

“Mengikut syarat asal, pemilik tidak boleh menjual kediaman mereka dalam tempoh 10 tahun supaya ia benar-benar dimanfaatkan sebagai tempat tinggal diri dan ahli keluarga,” katanya seperti dilapor BH Online.

Kediaman RUMAWIP Residensi Sentulmas berkeluasan 274 meter persegi, ditawarkan pada harga RM300,000 seunit. Ia dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu petak letak kereta.

Projek yang turut dilengkapi kolam renang, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak itu berjaya disiapkan 23 bulan lebih awal selepas kerja pembinaan dimulakan pada 2015.

The post RUMAWIP boleh disewakan kepada pihak ketiga tetapi bersyarat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di RUMAWIP boleh disewakan kepada pihak ketiga tetapi bersyarat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "RUMAWIP boleh disewakan kepada pihak ketiga tetapi bersyarat"

Back To Top