PUTRAJAYA, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut terhadap dakwaan pendaftaran pengundi yang meragukan di Parlimen Wangsa Maju.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, ini kerana, kes tersebut melibatkan kesalahan jenayah mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta peraturan-peraturan di bawahnya.
“SPR bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Hashim mengesahkan pihaknya telah menerima surat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada 17 Januari lalu berkaitan satu laporan polis mengenai pengundi baharu yang didakwa memberi maklumat diri meragukan kepada SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Laporan tersebut telah dibuat oleh seorang individu yang mewakili sebuah parti politik di Bahagian Parlimen Wangsa Maju, kata Mohd Hashim. – Bernama
The post Biar polis siasat pengundi meragukan di Parlimen Wangsa Maju appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Biar polis siasat pengundi meragukan di Parlimen Wangsa Maju
0 Komentar untuk "Biar polis siasat pengundi meragukan di Parlimen Wangsa Maju"