Gema Semua Maklumat

Diskaun Proton kepada persatuan Hokkien bersifat rasis

Diskaun Proton kepada persatuan Hokkien bersifat rasis

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Tawaran diskaun sehingga 10 peratus bagi semua jenis pembelian Proton ke atas ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia dilihat ganjil dan bersifat rasis.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mat Dali tidak menolak kemungkinan pemberian diskaun berkenaan dibuat berikutan kepentingan China dalam Proton yang semakin besar.

“Baru sahaja pegang syer besar dalam Proton sudah tunjuk rasis. Saya bimbang selepas ini pelbagai lagi langkah yang dilakukan mereka terhadap Proton,” katanya mengulas laporan akhbar berbahasa Cina berhubung tawaran diskaun sehingga 10 peratus yang bakal dinikmati mana-mana rakyat Malaysia berketurunan Fujian.

Difahamkan, tawaran itu sah mulai 12 Januari lepas hingga 31 Mac tahun ini.

Menurut akhbar berkenaan, potongan harga itu diumum Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), Li Chunrong yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, dalam sebuah majlis makan malam dengan pengusaha Hokkien tempatan, Jumaat lalu.

DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) melantik Chunrong sebagai CEO Proton berkuat kuasa Oktober lalu, mengantikan Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Ia susulan selepas Konglomerat DRB-Hicom menjual 49.9 peratus saham syarikat kereta nasional itu kepada Geely – syarikat induk kepada Geely Automobile Holdings Ltd berpangkalan di Hong Kong dan kumpulan Volvo di Sweden.

Abdul Rahman turut mempersoalkan rasional pemberian diskaun berkenaan, yang khusus kepada ahli kesatuan itu sahaja, dan tidak merangkumi semua rakyat di Malaysia.

“Kenapa tawaran diskaun itu khusus kepada pihak Hokkien sahaja, dan tidak diberikan kepada semua rakyat Malaysia? Ianya dilihat ganjil. Malah sejarah Proton sejak mula lagi tidak pernah berlaku perkara seumpama ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

The post Diskaun Proton kepada persatuan Hokkien bersifat rasis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Diskaun Proton kepada persatuan Hokkien bersifat rasis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Diskaun Proton kepada persatuan Hokkien bersifat rasis"

Back To Top