BENGHAZI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Angka korban serangan berkembar pengeboman kereta di luar kawasan masjid di timur Libya meningkat kepada 35 orang, semalam.
Menurut pegawai perubatan, angka itu adalah tertinggi dalam serangan tunggal sejak Libya berdepan konflik pemberontakan pada 2011.
Letupan pertama berlaku di luar masjid besar di pusat bandar Al Salmani di Benghazi, Bayaat al-Radwan – ketika jemaah selesai menunaikan solat Isyak.
Sekitar 10 hingga 15 minit kemudian, letupan kedua yang lebih kuat berlaku membabitkan sebuah kereta Mercedes yang terletak di seberang jalan lokasi kejadian.
Sehingga semalam, pihak berkuasa keselamatan dan perubatan masih mengawal dan membersihkan lokasi kejadian.
Insiden itu menyebabkan bangunan dan 15 kenderaan berhampiran, termasuk kereta bomba musnah akibat letupan tersebut.
Difahamkan, pegawai kanan keselamatan dan seorang ahli bomba antara mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu. Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak disahkan antara korban, dan 60 yang lain cedera.
Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – Agensi
The post Korban serangan berkembar di Benghazi meningkat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Korban serangan berkembar di Benghazi meningkat
0 Komentar untuk "Korban serangan berkembar di Benghazi meningkat"