Gema Semua Maklumat

Putera Al-Waleed masih runding syarat untuk pembebasan

Putera Al-Waleed masih runding syarat untuk pembebasan

RIYADH, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Jutawan Putera Al-Waleed Bin Talal yang ditahan lebih dua bulan dalam operasi membanteras rasuah, masih merundingkan pembebasannya de­ngan pihak berkuasa Arab Saudi.

Sebelum ini Riyadh menuntut sekurang-kurangnya AS$6 bilion sebagai syarat pembebasan.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan Riyadh memaklumkan, kedua-dua pihak masih belum mencapai persetujuan.

“Beliau menawarkan jumlah ter­tentu tetapi masih belum memenuhi angka yang diminta oleh kerajaan Arab Saudi,” kata pegawai itu.

Difahamkan, jumlah yang diminta adalah antara yang paling tinggi dituntut setakat ini daripada kalangan mereka yang ditangkap kerana dituduh terbabit dalam rasuah dan pengubahan wang haram..

Putera Al-Waleed dianggarkan memiliki harta berjumlah AS$17 bilion (RM67.62 bilion) oleh majalah Forbes, merupakan ahli perniagaan paling berpengaruh di Arab Saudi dan pemilik firma pelaburan antarabangsa, Kingdom Holding.

November 2017, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman melancarkan operasi besar-besaran menentang rasuah di seluruh negara. Dalam operasi itu, puluhan anak raja, menteri, bekas menteri, pemilik syarikat ternama dan kakitangan awam ditangkap.

Namun, Putera Lanan Arab Saudi, Putera Miteb bin Abdullah telah dibebaskan selepas beliau bersetuju membayar lebih AS$1 bilion (RM3.98 bilion) kepada pihak berkuasa Arab Saudi. – Agensi

The post Putera Al-Waleed masih runding syarat untuk pembebasan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Putera Al-Waleed masih runding syarat untuk pembebasan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Putera Al-Waleed masih runding syarat untuk pembebasan"

Back To Top