KUALA LUMPUR, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini memaklumkan terdapat sedikit kelewatan untuk pengeluaran bil air bagi bulan Januari.
Dalam satu kenyataan hari ini, Syabas berkata mulai Januari tahun ini, pelanggan akan menerima bil air melalui perkhidmatan pos atau e-mel berdasarkan pilihan pelanggan dalam usaha syarikat itu untuk memberikan perkhidmatan pengebilan yang lebih efektif dan efisen.
Syabas turut menjelaskan tiada perubahan bagi kaedah pembayaran bil air melalui saluran kaunter perkhidmatan cawangan Syabas, ejen kutipan yang sah seperti Pos Malaysia, MOL, e-Pay, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pelanggan boleh berhubung dengan Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 15300 untuk sebarang bantuan dan maklumat lanjut.- Bernama
The post Syabas lewat keluar bil air bulan Januari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Syabas lewat keluar bil air bulan Januari
0 Komentar untuk "Syabas lewat keluar bil air bulan Januari"