BANGI, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Sarjan ditahan kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebanyak RM13,000.
Menurut akhbar Harian Metro, sumbernya dipetik sebagai berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.30 malam tadi.
Difahamkan, suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM13,000 sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes dadah.
Akhbar berkenaan berkata, SPRM akan memohon perintah reman ke atas anggota polis itu, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
The post Anggota polis pangkat ‘Sarjan’ terima suapan RM13,000 ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Anggota polis pangkat ‘Sarjan’ terima suapan RM13,000 ditahan
0 Komentar untuk "Anggota polis pangkat ‘Sarjan’ terima suapan RM13,000 ditahan"