Gema Semua Maklumat

Penagih dadah wanita meningkat: AADK

Penagih dadah wanita meningkat: AADK

SEREMBAN, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Bilangan penagih dadah wanita dalam negara didapati meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin berkata, pertambahan itu adalah sebanyak tiga peratus berbanding 0.3 peratus pada tahun lalu.

“Seramai 948 penagih wanita dikenal pasti sepanjang 2017 dan usia paling muda yang terlibat sekitar 17 tahun.

“Pelbagai faktor jadi punca kepada peningkatan ini. Antaranya kesan perkembangan kemajuan, mobiliti dan pengaruh rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 Sempena Tahun Baru Cina di Hentian Bas dan Teksi Terminal 1, di sini, hari ini.

The post Penagih dadah wanita meningkat: AADK appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Penagih dadah wanita meningkat: AADK
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penagih dadah wanita meningkat: AADK"

Back To Top