Gema Semua Maklumat

Florida: Remaja mengaku tembak dalam sekolah, 17 maut

Florida: Remaja mengaku tembak dalam sekolah, 17 maut

 

PARKLAND (Miami), 30 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Remaja yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan rambang hingga menyebabkan 17 mangsa maut di sebuah sekolah tinggi di Florida, mengaku bersalah.

Nikolas Cruz memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia telah menembak pelajar di Marjory Stoneman Douglas High School Parkland, di utara Miami dan menyembunyikan peluru tambahan dalam begnya, lapor Jabatan Syerif daerah Broward.

Remaja bersenjata itu dilaporkan melepaskan lima tembakan ke lima bilik darjah – empat di tingkat pertama sekolah dan satu di tingkat dua, kata Sheriff Broward, Scott Israel.

“Apabila dia selesai menembak, dia meletakkan senapang AR-15 dan ransel berisi peluru dan berlari keluar dari bangunan itu, sambil cuba bercampur dengan pelajar yang melarikan diri.

“Suspek kemudiannya menuju ke WalMart dan membeli minuman di restoran Subway sebelum berjalan ke McDonald’s. Dia ditahan kira-kira 40 minit selepas meninggalkan McDonald’s,” kata Scott.

Cruz, seorang anak yatim berusia 19 tahun didakwa membunuh pada hari Khamis.

Ia adalah serangan sekolah paling dahsyat di negara itu selepas serangan seorang lelaki bersenjata di sebuah sekolah rendah di Newtown, Connecticut, lebih lima tahun lalu.

Menurut Scott, Cruz sebelum ini dibuang sekolah akibat masalah disiplin.

Terdahulu, stesen televisyen ABC News yang memetik sumber pihak berkuasa di lokasi insiden, melaporkan 15 mangsa terkorban, manakala CNN melaporkan 17 individu maut dalam tembakan itu. – Agensi

The post Florida: Remaja mengaku tembak dalam sekolah, 17 maut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Florida: Remaja mengaku tembak dalam sekolah, 17 maut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Florida: Remaja mengaku tembak dalam sekolah, 17 maut"

Back To Top