KUPANG (INDONESIA), 30 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Polis Indonesia, kelmarin, menangkap pasangan suami isteri atas tuduhan terbabit dalam pemerdagangan manusia yang juga melibatkan seorang amah negara itu yang meninggal dunia akibat didera majikannya di Bukit Mertajam, Ahad lalu.
Pasangan itu menggunakan dokumen palsu untuk menghantar Adelina Sau, 20 tahun, ke Malaysia pada 2015.
Polis Indonesia dilaporkan sedang memburu seorang lagi suspek yang disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan pemerdagangan manusia.
Ibu mangsa memberitahu, Adelina hilang dari kampung mereka di timur wilayah Nusa Tenggara, apabila keluarga menolak tawaran kerja yang dibuat pasangan itu kepada Adelina.
Yohana Banunaek berkata, lelaki yang tidak dikenalinya datang ke perkampungan mereka yang terletak kira-kira tujuh jam memandu dari Kupang, menawarkan pekerjaan di Malaysia kepada anaknya, tetapi mereka menolak.
“Lelaki itu datang lagi dengan membawa dokumen dan keesokkannya kami tidak menjumpai Adelina lagi. Kami percaya dia melarikan diri dengan lelaki itu,” katanya kepada AFP.
Katanya, dokumen itu dipercayai palsu apabila umur Adelina diletakkan lebih tua enam tahun daripada yang sebenar.
Angka rasmi Indonesia menunjukkan kira-kira 62 pekerja Indonesia dari timur Nusa Tenggara, kebanyakannya masuk secara haram, meninggal dunia ketika bekerja di Malaysia, tahun lalu.
Menurut data rasmi itu, Adelina adalah mangsa ke lapan yang meninggal dunia tahun ini. Kebanyakan mereka yang meninggal pula dikatakan terbabit dalam kemalangan dan sakit.
Ahad lalu, Adelina meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM), setelah diselamatkan daripada rumah majikannya Taman Kota Permai 2, Bukit Mertajam.
Polis kemudian menangkap tiga beranak untuk siasatan.
Siasatan kes dera amah hampir siap, klip video pula berlegar
The post Kes amah mati didera: Polis Indonesia tangkap suami isteri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada RZ sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kes amah mati didera: Polis Indonesia tangkap suami isteri
0 Komentar untuk "Kes amah mati didera: Polis Indonesia tangkap suami isteri"