Gema Semua Maklumat

Kaki pancing perlu sentiasa pakai jaket keselamatan

Kaki pancing perlu sentiasa pakai jaket keselamatan

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pemancing hendaklah sentiasa memakai jaket keselamatan sepanjang memancing walaupun ketika berada di kawasan daratan atau air cetek sebagai langkah berjaga-jaga, demikian menurut beberapa kaki pancing.

Presiden Persatuan Memancing Malaysia (PeMM), Ridzuan Ghazali berkata, pemakaian jaket keselamatan mampu mengurangkan risiko pemancing tenggelam atau lemas sekiranya terjatuh ketika melakukan aktiviti itu.

“Sekarang jaket keselamatan mudah didapati di mana-mana dengan harga berpatutan, rekaan menarik, serta ciri keselamatan yang pelbagai, menepati pilihan kaki pancing.

“Terdapat juga jaket keselamatan kecil dan fleksible yang hanya akan”kembang’ apabila pemancing terjatuh ke dalam air. Pemakaian jaket keselamatan seperti ini tidak mengganggu keselesaan mahupun keseronokan ketika memancing,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas insiden lima mangsa mati lemas ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam.

Jika menggunakan bot atau sampan, pemancing harus lebih berhati-hati dan elakkan daripada melakukan pergerakan mengejut atau tergesa-gesa yang boleh menyebabkan mereka terbalik. – Bernama

The post Kaki pancing perlu sentiasa pakai jaket keselamatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kaki pancing perlu sentiasa pakai jaket keselamatan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kaki pancing perlu sentiasa pakai jaket keselamatan"

Back To Top