Gema Semua Maklumat

Rakyat Malaysia antara tertinggi terbeban dengan hutang

Rakyat Malaysia antara tertinggi terbeban dengan hutang

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Rakyat Malaysia merupakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara yang terbeban dengan hutang dengan anggaran sebanyak RM1.144 trilion, lapor Trading Economics.

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata, 50 peratus daripadanya adalah hutang pinjaman perumahan, manakala selebihnya adalah pinjaman peribadi, kereta dan sebagainya.

“Menurut statistik yang dikeluarkan itu, hutang rakyat Malaysia adalah 84.6 peratus berbanding KDNK iaitu RM1.144 trilion.

“Apabila diteliti, hutang rumah ini sebenarnya lebih banyak membabitkan golongan yang dikenali sebagai pelabur hartanah yang membeli rumah secara pukal,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak, golongan pelabur hartanah ini menjadi penyumbang kepada kenaikan harga rumah di Malaysia.

“Semuanya disebabkan wujud satu permintaan yang ‘tidak benar’ yang mendorong kenaikan harga rumah yang akhirnya menjadi punca sehingga rakyat tidak mampu membeli rumah,” katanya.

The post Rakyat Malaysia antara tertinggi terbeban dengan hutang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Rakyat Malaysia antara tertinggi terbeban dengan hutang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rakyat Malaysia antara tertinggi terbeban dengan hutang"

Back To Top