Gema Semua Maklumat

Rejim pengganas Israel bedil enam kawasan Hamas di Gaza

Rejim pengganas Israel bedil enam kawasan Hamas di Gaza

SEMENANJUNG GAZA, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Pesawat rejim pengganas Israel melancarkan serangan ke atas enam kawasan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza, semalam.

Menurut pegawai Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf Al Kudra, serangan itu menyebabkan dua rakyat Palestin cedera.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu, tentera Israel menyerang enam kubu sayap bersenjata Hamas, Brigade al-Qassam, dipercayai sebagai tindak balas terhadap letupan peranti berhampiran sempadan selatan Israel-Gaza, awal pagi semalam yang menyebabkan empat anggota rejim berkenaan cedera.

Sasaran utama serangan itu termasuklah terowong penyusupan di bawah sempadan yang dibina Hamas di daerah kejiranan Zeitoun di Gaza.

Angkatan Pertahanan Israel dalam satu kenyataan mendakwa, empat anggota rejimnya cedera dalam letupan peranti itu, dan menuduh Hamas bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan.

“Hamas bertanggungjawab terhadap peranti letupan (IED) yang telah mencederakan tentera,” kata rejim itu.- Agensi

The post Rejim pengganas Israel bedil enam kawasan Hamas di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada tyrazalhe sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Rejim pengganas Israel bedil enam kawasan Hamas di Gaza
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rejim pengganas Israel bedil enam kawasan Hamas di Gaza"

Back To Top