Gema Semua Maklumat

Tiga produk kosmetik diharamkan serta merta

Tiga produk kosmetik diharamkan serta merta

BANGI, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat -Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik yang mengandungi merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah GG Pinky Day Cream for Skin, Tati Therapy Cream 1 dan Tati Therapy Cream 2.

“Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Manakala, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk terbabit serta-merta.

Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

The post Tiga produk kosmetik diharamkan serta merta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada ainulillia sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Tiga produk kosmetik diharamkan serta merta
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tiga produk kosmetik diharamkan serta merta"

Back To Top