Gema Semua Maklumat

Villa mewah Suu Kyi dilontar bom petrol

Villa mewah Suu Kyi dilontar bom petrol

YANGON, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Sebiji bom petrol telah dilontar ke kawasan villa milik pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi di sini, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, penerima Anugerah Nobel Keamanan itu tidak berada di kediaman tersebut.

Jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay mengesahkan perkara itu, namun enggan memberikan butiran lanjut mengenai motif kejadian.

Bagaimanapun, serangan berkenaan menyebabkan kerosakan kecil ke atas villa mewah yang menghadap tasik itu.

Villa berkenaan pernah menjadi ‘penjara’ Suu Kyi ketika Myanmar dikuasai junta tentera itu, selama 15 tahun sebelum dibebaskan pada 2010.

Suu Kyi kini menjadi sasaran kritikan dan kecaman antarabangsa ekoran keganasan yang berlaku ke atas etnik minoriti Islam Rohingya di negara tersebut.

Lebih setengah juta Rohingya telah melarikan diri dari negeri Rakhine berikutan kempen keganasan sejak Ogos tahun lalu.- Agensi

The post Villa mewah Suu Kyi dilontar bom petrol appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Villa mewah Suu Kyi dilontar bom petrol
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Villa mewah Suu Kyi dilontar bom petrol"

Back To Top