Gema Semua Maklumat

4,835 kes denggi direkodkan dalam tempoh sebulan

4,835 kes denggi direkodkan dalam tempoh sebulan

BANGI, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Sebanyak 4,835 kes denggi dilaporkan di seluruh negara sejak 31 Disember lalu sehingga semalam.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan, iDengue, Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 2,411 kes, berdasarkan statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC).

Ia diikuti dengan Johor iaitu 561 kes, Kuala Lumpur (368), Pulau Pinang (345), Sabah (341), Perak (260) dan Kedah (104).

Beberapa kawasan panas denggi di Selangor, antaranya Pandan Perdana, Hulu Langat; Flat Impian Baiduri, Petaling; Taman Klang Perdana, Klang; Seksyen 24, Petaling; Taman Delima, Kuala Langat; Balakong 2, Hulu Langat; Seksyen U7 dan Seksyen U6, Petaling.

Menurut laman web berkenaan, setakat 1 Januari sehingga 20 Januari lepas, 11 kematian direkodkan akibat kes denggi.

The post 4,835 kes denggi direkodkan dalam tempoh sebulan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 4,835 kes denggi direkodkan dalam tempoh sebulan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "4,835 kes denggi direkodkan dalam tempoh sebulan"

Back To Top