HADIS PALSU-KEMARAHAN LANGIT, BUMI, LAUT DAN GUNUNG KEPADA MANUSIA. -
Credit kepada sumber asal Artikel di HADIS PALSU-KEMARAHAN LANGIT, BUMI, LAUT DAN GUNUNG KEPADA MANUSIA.
Celakalah orang yang menciptakan hadis palsu lalu melemparkannya ke tengah kelompok ummat ini. Sangka mereka , mereka menabur budi dan jasa kerana meneyemai keinsafan dalam jiwa ummat Muhamamd SAW. Akan tetapi, mereka memandai-mandai membuat dusta dalam agama yang disampaikannya. Maka, celakalah para pembuat hadis palsu. Siapapun mereka. Mereka yang telah menitikkan noda dalam kanvas sejarah.
Jangan jadi seperti mereka. Bila sampai kepada anda satu hadis, persoalkan. Sahehkah hadis ini. Mempersoalkan kesahehan adalah sifat terpuji walaupun ia merimaskan sebahagian orang. Dulu, masa kita mengaji bertalaqqi dengan Tok Guru di pondok-pondok tua, kita tidka berani tanya hadis yang kita jumpa dalam kitab. Kita difahamkan secara tersirat, apa yang tertulis dalam kitab, semua benar belaka. Apa yang Tok Guru beritahu, itulah bingkisan agama yang diwarisi secara benar sehingga kepada kanjeng nabi SAW.
Itulah zaman dulu. Zaman aku belajar sekolah agama dulu, tahun-tahun 80-an hingga 90-an. AKu tidka pernah dengar bab ustaz bincangkan bab ini. Balik kampung menadah kitab Al-Jawahirul Mauhub yang dibaca oleh gemulah imam kampung, tak telintas nak bertanya saheh atau tidaknya satu hadis di dalamnya.
Kini zaman itu sudah berlalu. Jaguh-jaguh pembela sunnah nabi kian bercempera. yang balik dari bumi India, Jordan, Syria , Yaman, Madinah dan bahkan dalam negara ini sendiri kian kencang menempelak kepalsuan hadis serta sikap sambil lewa merewayatkan hadis. Guru-guru agama, penceramah dan pentazkirah kian bimbang dengan lidah sendiri. Ilmu perlu dimantapkan untuk mengelakkan diri dianggap pendusta atas nama Rasulullah SAW.
Alangkah bagusnya perkembangan ini. Ia tentunya lebih baik daripada apa yang ada 10 atau 20 tahun dulu. Cara mengaji pun banyak berubah. Kaedah belajar pun kian pantas. Kemudahan sains dan teknologi banyak membantu mempercepatkan melatanya ilmu ke tengah masyarakat.
Kali ini, aku ingin titipkan selepas leteran ini satu hadis yang galak disebarkan dalam media sosial. Terutama pada waktu bencana berlaku beberapa waktu dulu. Ketika bumi Palu dilanda Tsunami, ada gempa dan letusan gunung berapi berlaku di beberapa daerah di pelusuk dunia, tersebarlah satu hadis. Hadis palsu tetapi kedengarannya macam bagus.
Ini Hadisnya. Hadis Qudsi yang palsu. Bukan lagi bohong atas nama Rasulullah. Tapi bohong atas nama Allah pula. Besar sekali jenayah ini:
قال الله سبحانه وتعالى في الحديث القُدُسي: كل يوم تقول الأرض: دعني يا رب أبتلع ابن آدم, إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول البحار: يارب دعني أغرق ابن أدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول الجبال: يا رب دعني أطبق على ابن آدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول السماء: يا رب دعني أنزل كسفاً على ابن آدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.فيقول الله عز وجل لهم: يا مخلوقاتي أأنتم خلقتموهم؟ يقولوا: لا يا ربنا, قال الله: لو خلقتموهم لرحمتموهم.دعوني وعبادي من تاب إلي منهم فأنا حبيبهم, ومن لم يتب فأنا طبيبهم, وأنا إليهم أرحم من الأم بأولادها.فمن جاءني منهم تائباً تلقيته من بعيد مرحباً بالتائبين.ومن ذهب منهم عاصياً ناديته من قريب إلى أين تذهب؟ أوجدت رباً غيري؟ أم وجدت رحيماً سواي
Allah SWT berkata dalam sebuah hadis Qudsi:
Setiap hari bumi berkata: Wahai Tuhan...biarkan daku telah anak-anak Adam itu. Dia makan razekiMu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!
Laut pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan daku lemaskan anak Adam itu. Sesungguhnya dia makan razekiMu tapi tidak mahu bersyukur kepadamu!
Gunung ganang pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan daku hempap anak Adam itu, dia makan razekiMU tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!
Langit pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan aku turunkan bencana atas anak Adam, dia makan razekiMu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!
Allah SWT pun berkata : Wahai makhluk ciptaanku, kamukah yang menciptakan mereka?
Mereka menjawab: Tidak wahai Tuhan.
Allah berkata: Kalau kamu yang menciptakan mereka, tentu kamu pun merasa belas kepada mereka. Biarkan Aku dengan hambaku. Siapa di kalangan mereka yang bertaubat kepadaku, Aku adalah kekasih mereka. Siapa tyang tidak mahu bertaubat, akulah doktor yang merawat mereka. Aku lebih berbelas kasihan kepada mereka berbanding ibu terhadap anaknya.
Siapa yang datang kepadaku dalam keadaan bertaubat, aku menyambut mereka daripada jauh dengan alu-aluan buat orang yang bertaubat. Siapa yang berlalu pergi dengan maksiatnya, aku seru mereka: ke mana kamu nak pergi? Kamu ada Tuhan selain aku atau adakah yang lebih penyanyang daripadaku?
Demikian hadis palsu. Jangan sebarkan kecuali untuk beritahu kepalsuannya. Macam saya tulis ini, jangan dicopy paste kecuali untuk beritahu kepalsuannya.
Hadis palsu lebih bahaya daripada berzina dengan ibu sendiri. Lebih besar dosanya daripada membunuh manusia yang tidka bersalah. Lebih besar daripada jenayah-jenayah lain yang boleh kau hitungkan. Itu kerana hadis palsu merosakkan keaslian agama. Lantas rosaklah ummatan jamia'n.
Hubaya...hubaya...
Credit kepada sumber asal Artikel di HADIS PALSU-KEMARAHAN LANGIT, BUMI, LAUT DAN GUNUNG KEPADA MANUSIA.
Tag :
agama
0 Komentar untuk "HADIS PALSU-KEMARAHAN LANGIT, BUMI, LAUT DAN GUNUNG KEPADA MANUSIA."