MAKAR KEJI MENELAN DIRI - Gembira dengan musibah menimpa lain, akan menatijahkan diri sendiri menanggung musibah itu atau yang seumpamanya. Ketika orang lain difitnah, kita juga tumpang sekaki meniup api fitnah itu, lambat bangat kita juga akan disambar jilatan api fitnah itu atau yang seumpamanya. Kerana itu, setiap yang meyalahi syariat hendaklah ditentang dan dibangkang dengan ikhlas. Sekalipun bangkangan dan tentangan itu seperti memberi nafas dan kekuatan kepada musuh. jangan kerana kebencian kepadanya dalam soal-soala lain menyebabkan rasa adil kita terhadapnya turut sirna.
Orang yang menyimpan makar dalam hatinya kepada orang lain, akan membenihkan makar itu dalam lengkaran hidupnya. Firman Allah SWT:
Credit kepada sumber asal Artikel di MAKAR KEJI MENELAN DIRI
Orang yang menyimpan makar dalam hatinya kepada orang lain, akan membenihkan makar itu dalam lengkaran hidupnya. Firman Allah SWT:
وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
"Makar jahat itu tidak akan menimpa kecualinya orang yang terlibat dalam makar itu".
Imam Qurtubi menyebutkan riwayat Ibn Abbas dalam tafsirnya bahawa Kaab Al-Ahbar telah berkata: Sesungguhnya akan dapatui dalam taurat ada tertulis:
من حفر لأخيه حفرة وقع فيها
" Siapa yang gali lubang untuk saudaranya, dia sendiri akan jatuh ke dalamnya".
Perhatikan dalam hidup ini. Ketika ada orang dan keluarga mereka ditimpa musibah, ada pula orang lain yang bersorak. Padahal orang lain itu juga ada keluarga. Keluarganya juga tidak tertulis secara pasrti di Lauh mahfuz sebagai selamat daripada ujian dan musibah yang menimpa keluarga orang lain itu. Contohnya, buat lebih memahamkan konsep ini, ada orang, anaknya ditangkap polis kerana ketagihan dadah. Lantas, orang lain cela si bapa dengan mengatakan bapa itu gagal dalam mendidik anak. Bagaimana anak sendiri pun jadi penagih dadah dan bagaimana pula si bapa itu mau mendidik orang lain! Orang yang mengungkit hal ini , lambat laun akan dapat hasilnya. Apakah tidak mungkin bahawa satu masa anaknya sendiri akan berbuat hal yang sama.
Menghina orang atas musibah yang menimpanya di luar kudratnya untuk mengelak, samalah seperti membuat makar atasnya. Menyimbah minyak atas reba menyala agar tambah marak. Orang yang sebegini , hakikatnya dia menyalakan api dalam rebanya sendiri. Orang sebegini membuat makar jahat yang akan menelannya sendiri.
Setiap kali melihat orang dizalimi, kita perlu rasa benci kezaliman yang menimpanya. Siapapun dia. Bermusuh biarlah dalam lingkungannya . Jangan mengabaikan prinsip keadilan dan ketetapan yang syariat mahukan.
Perhatikan hal-hal ini dalam kalangan orang politik yang bermusuh. Juga orang agama yang bersengketa. Anda akan dapati kebenarannya.
Credit kepada sumber asal Artikel di MAKAR KEJI MENELAN DIRI
Tag :
agama
0 Komentar untuk "MAKAR KEJI MENELAN DIRI"