SHAH ALAM, 23 Syaaban 1438H, Sabtu – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan pembersihan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan agensi itu menjadi tumpuan ekoran masalah rasuah dan integriti.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah drastik itu perlu kerana beliau tidak mahu imej PDRM terus tercemar disebabkan ‘titit-titik nila’ sehingga menidakkan pencapaian pasukan tersebut.
Tidak hanya berfokus pada PDRM, beliau memaklumkan langkah pembersihan juga akan dilakukan ke atas semua agensi di bawah KDN bagi memastikan insiden ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ tidak berulang pada masa hadapan.
“Saya mempunyai pendirian bahawa kita tidak harus malu, jika ada dalam kalangan orang dalaman agensi penguat kuasa terlibat, tidak akan ada perlindungan daripada kami. Ini sesuatu yang saya akan pastikan.
“Bukan hanya dalam PDRM (tindakan pembersihan) tetapi agensi lain juga, kami lakukan tindakan dalaman dan soal pembersihan ini harus dilakukan setiap waktu bukan bermusim,” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihaknya melalui risikan dalaman kini berjaya menghidu ‘pegar’ yang bertindak memberikan maklumat, bersekongkol, bekerjasama dan memperolehi pendapatan luar biasa.
“Tiada alasan (penerima rasuah). Itu sebabnya saya selalu menekankan walapun kadar indeks jenayah menurun, tetapi persepsi rakyat tidak meningkat disebabkan masalah begini. Inilah yang merosakkan susu sebelanga,” katanya.
The post PDRM akan dibersihkan, tak mahu ‘titik nila’ cemar integriti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PDRM akan dibersihkan, tak mahu ‘titik nila’ cemar integriti
0 Komentar untuk "PDRM akan dibersihkan, tak mahu ‘titik nila’ cemar integriti"