Gema Semua Maklumat

Cadang pakaian patuh syariah bagi pramugari penerbangan Malaysia

Cadang pakaian patuh syariah bagi pramugari penerbangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kerajaan dicadangkan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia selaras dengan pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Senator, Datuk Hanafi Mamat berkata, langkah itu tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.

“Kita bangga Malaysia sebuah negara Islam, ada budaya sendiri, tapi apabila pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan, ini boleh memberi persepsi kepada pelancong yang banyak menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia ke negara ini.

“Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat,” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara di sini, hari ini. -Bernama

 

The post Cadang pakaian patuh syariah bagi pramugari penerbangan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Cadang pakaian patuh syariah bagi pramugari penerbangan Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Cadang pakaian patuh syariah bagi pramugari penerbangan Malaysia"

Back To Top