BANGI, 18 Syaaban 1438H, Isnin – PAS menerima hasrat Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk bekerjasama dengan Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali gus membuktikan parti itu tidak rasis atau ditolak oleh bukan Islam.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, .PAS adalah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya, sedang Islam adalah manhaj kehidupan yang akan memandu manusia menjadi sejahtera dan harmoni dalam urusan sosial, politik mahupun ekonomi.
Katanya, Islam menjanjikan keadilan kepada semua, termasuk bukan muslim, memulangkan hak, melindungi pihak tertindas dan menentang kezaliman, serta mengangkat kebenaran dan menolak kebathilan.
“PAS tidak mempunyai wajah kedua untuk berpura-pura dengan pihak non muslim.Wajah PAS hanya satu. Bersama ummat Islam, PAS perjuangkan Islam, kepada non muslim juga PAS berjuang di atas prinsip Islam yang membawa keadilan untuk semua.
“PAS sangat berbesar hati atas kenyataan Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Dato Huan Cheng Guan kelmarin, yang telah membuat kenyataan terbuka bahawa PCM sedia untuk bekerjasama dengan PAS khususnya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 kelak.
Justeru ia satu bukti bahawa PAS tidak ditolak oleh golongan non muslim sebaliknya PAS boleh pada bila-bila masa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk non muslim selama mana dasar dan prinsip perjuangan PAS diterima dan dihormati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nasrudin berpendapat kehadhiran PCM akan turut mengukuhkan Gagasan Sejahtera dalam memacu gerakan perubahan dan memimpin kebangkitan rakyat.
“PAS mengalu-alukan kehadhiran PCM untuk bersama kami dan menyeru supaya non muslim tidak perlu ragu terhadap perjuangan PAS. Kami bukan sebuah parti yang rasis apatah lagi untuk memaksa agama lain.
“Kami berjuang dan mendidik rakyat agar saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama ini,” katanya.
The post PAS tiada wajah kedua terhadap bukan Islam, terima PCM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS tiada wajah kedua terhadap bukan Islam, terima PCM
0 Komentar untuk "PAS tiada wajah kedua terhadap bukan Islam, terima PCM"