SHAH ALAM, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan, pihak istana masih tidak mendapat maklumat secara rasmi berkenaan kedudukan tiga Exco PAS dalam Kerajaan Selangor daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Setakat ini, katanya, kedudukan barisan Exco kerajaan negeri masih status quo sehinggalah Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Sehingga saat ini juga, pihak istana tidak menerima apa-apa surat rasmi daripada kerajaan negeri. Saya difahamkan Mohamed Azmin sekarang berada di luar negara,” katanya ketika ditanya pemberita samada Sultan Selangor sudah dimaklumkan mengenai kedudukan Exco kerajaan negeri Selangor rentetan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hanya Sultan Selangor boleh mengarahkan tiga Exco PAS berkenaanmeletakkan jawatan.
“Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal memegang jawatan selagi diperkenan sultan,” tegasnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga turut menegaskan bahawa jawatan Exco yang disandang oleh ahli PAS dalam kerajaan negeri Selangor tidak boleh dilucutkan dengan mudah kerana mereka diikat dengan bai’ah.
The post Istana belum terima maklumat rasmi kedudukan tiga Exco PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Istana belum terima maklumat rasmi kedudukan tiga Exco PAS
0 Komentar untuk "Istana belum terima maklumat rasmi kedudukan tiga Exco PAS"