Gema Semua Maklumat

Aliran trafik mula perlahan di lebuh raya utama tengah hari ini

Aliran trafik mula perlahan di lebuh raya utama tengah hari ini

 

KUALA LUMPUR, 1 Syawal 1438H, Ahad – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan akibat pertambahan kenderaan setakat tengah hari ini.

Menurut laman twitter Plus Malaysia Berhad, keadaan trafik mula perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan dan utara.

Kenderaan dilaporkan bergerak perlahan di kawasan Slim River menuju ke Sungkai, Juru ke Tambun dan dari Hentian Nilai ke Nilai.

Sementara itu, aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong juga mula bergerak perlahan akibat bilangan kenderaan yang bertambah.

Menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia, aliran trafik hanya perlahan di kawasan berkenaan manakala di kawasan lain di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2,  keadaan adalah lancar.

Untuk maklumat trafik semasa, hubungi PLUSline di 1800-88-0000 dan laman Twitter @plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 atau laman Twitter @LLMinfotrafik. – Bernama

The post Aliran trafik mula perlahan di lebuh raya utama tengah hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Aliran trafik mula perlahan di lebuh raya utama tengah hari ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Aliran trafik mula perlahan di lebuh raya utama tengah hari ini"

Back To Top