Gema Semua Maklumat

Isma Perlis FC terap khidmat bakti masyarakat sebagai latihan

Isma Perlis FC terap khidmat bakti masyarakat sebagai latihan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Pasukan Isma Perlis FC menerapkan pendekatan program khidmat bakti masyarakat sebagai salah satu modul latihan sebelum beraksi pada perlawanan Piala Presiden Isma 2017, Ogos depan.

Pengurus pasukannya, Hafiz Rahim berkata, selain adakan latihan dan perlawanan persahabatan, Isma Perlis FC juga merangka program pembangunan insan sebagai salah satu daripada siri modul latihan.

“Kita akan adakan satu program untuk ‘hiking’ dan satu lagi pemain-pemain akan masuk di perkampungan untuk membaiki rumah mereka yang susah, bekerjasama dengan Pemuda Isma.

“Kesinambungan daripada modul itu, kita mahu dedahkan mereka dengan kehidupan bermasyarakat. Mungkin elemen itu agak sukar untuk diinterpritasikan dengan permainan bola sepak.

“Namun, apa yang boleh dilihat di sini adalah kerjasama dan kerja masyarakat itu secara tidak langsung membentuk kerjasama berpasukan, dan itu kita akan guna pakai dalam permainan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Bercakap mengenai persediaan pasukan itu, beliau berkata, setakat ini seramai 57 orang telah terpilih pada pemilihan pertama yang diadakan 17 Mei lepas.

Katanya, beliau akan mengadakan pemilihan terakhir yang hanya menyenaraipendekkan 32 orang sahaja bagi mewakili Perlis pada Ogos ini.

“Kita masih lagi mengekalkan pemain-pemain berumur maksimum 25 tahun, yang kita anggap sebagai skuad muda supaya ia boleh terus dikekalkan untuk masa akan datang.

“Dalam masa sama, kita berusaha untuk dapatkan penajaan daripada syarikat-syarikat korporat terutama di sekitar Perlis dari segi pengangkutan, jersi dan sebagainya,” katanya.

Mengakui tempoh latihan yang agak singkat sebelum berdepan perlawanan, Hafiz bagaimanapun berkata, pihaknya telah menyusun jadual latihan dan siri perlawanan persahabatan yang akan dimanfaatkan sebaiknya.

“Tahun lepas antara kelemahan dalam pasukan Perlis adalah fizikal. Kebanyakan saiz tidak standard pasukan lain, kita antara kecil-kecil juga, kemudian stamina.

“Tetapi tahun ini kita dah perbaiki kelemahan itu,” katanya.

The post Isma Perlis FC terap khidmat bakti masyarakat sebagai latihan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isma Perlis FC terap khidmat bakti masyarakat sebagai latihan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Isma Perlis FC terap khidmat bakti masyarakat sebagai latihan"

Back To Top