KUALA LUMPUR, 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 5 petang tadi berikutan pertambahan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing bersempena sambutan Aidilfitri dijangka pada Ahad.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan di Slim River menuju Sungkai, Bidor ke Tapah serta dari Tapah ke Gopeng disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.
“Trafik juga perlahan dari Kuala Kangsar menuju Terowong Menora berikutan kemalangan di Km260.8 arah selatan dan dari Taiping ke Changkat Jering disebabkan kemalangan di Km218.8 arah Utara.
“Manakala di utara pula, trafik perlahan selepas Plaza Tol Juru menghala ke Perai. Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah malam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (he) berkata aliran trafik menuju ke Timur perlahan sebelum kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah menuju ke Lentang.
“Bagaimanapun, aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke arah timur serta di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar di kedua-dua arah,” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama
The post Aliran trafik mula perlahan, kenderaan dijangka meningkat malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Aliran trafik mula perlahan, kenderaan dijangka meningkat malam ini
0 Komentar untuk "Aliran trafik mula perlahan, kenderaan dijangka meningkat malam ini"