QUETTA (Pakistan), 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Letupan kuat daripada bom dipasang pada kereta bergerak berdekatan pejabat ketua polis wilayah di barat daya Pakistan hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 20 yang lain.
Letupan berdekatan pejabat ketua polis Quetta, ibu negeri Baluchistan, didengari di seluruh bandar itu, merosakkan tingkap dan bangunan berdekatan, kata jurucakap polis, Shahzada Farhat.
Jurucakap hospital kerajaan, Wasim Beg pula berkata, jumlah kematian akibat letupan itu mencecah 11 orang, manakala lebih 20 lagi cedera termasuk yang kritikal.
Jurucakap kerajaan, Anwarul Haq Kakar berkata, bom itu dipasang pada kereta yang bergerak tetapi pihak berkuasa masih menyiasat sama ada ia adalah serangan bunuh diri.
Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, tetapi Kakar menyalahkan jiran Pakistan, India.
Semalam, Mahkamah Tentera Pakistan menghukum mati seorang pegawai tentera laut India, Kulbhushan Jadhav, atas tuduhan mengintip dan melakukan sabotaj.
Pakistan mengatakan Jadhav memasuki Baluchistan melalui Iran ditangkap Mac tahun lalu dan dijatuhi hukuman mati pada April. – Agensi
The post Bom kereta: 11 terbunuh, 20 cedera di barat daya Pakistan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bom kereta: 11 terbunuh, 20 cedera di barat daya Pakistan
0 Komentar untuk "Bom kereta: 11 terbunuh, 20 cedera di barat daya Pakistan"