Gema Semua Maklumat

Juruteknik komputer dipenjara miliki logo Daesh

Juruteknik komputer dipenjara miliki logo Daesh

KUALA LUMPUR, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang juruteknik komputer kerana memiliki tujuh logo berkaitan pengganas Daesh, tahun lalu.

Mohammad Hakimin Azman, 31, dijatuhi hukuman itu bermula daripada tarikhnya ditangkap iaitu pada 25 September 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Nordin Hassan dalam penghakimannya berkata, hukuman berkenaan dikenakan selepas menimbang bahawa gambar yang dimiliki Mohamad Hakimin adalah logo semata-mata, dan tidak berbentuk militan atau mengajak orang lain menyertai kumpulan pengganas.

Tertuduh didakwa memiliki tujuh logo berkaitan pengganas di Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Kinta, Perak, pada jam 12 tengah hari, 25 September 2016.

The post Juruteknik komputer dipenjara miliki logo Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Juruteknik komputer dipenjara miliki logo Daesh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Juruteknik komputer dipenjara miliki logo Daesh"

Back To Top